Saturday, February 15, 2014

Bengkel Asas Pemasaran Internet

Assalamualaikum kawan2..

Ha macam best je.. macam nak baca je.. hihi.. =) 
Mestila BEST!! Siapa x pergi rugi... MasyaAllah Alhamdulillah.. Terima kasih kepada penceramah Faiz Sufi dah rakan2 yang menjayakan program tersebut.. Banyak sangat ilmu pengetahuan yang saya dapat.. Especially ilmu pemasaranlah kan.. Almaklumlah.. dulu saya belajar Electronic. Eng sahaja..
Tapi dengan keadaan ekonomi negara yang tak stabil, kena prepare lah.. 

Anything can Happen..
Ku sangka panas hingga ke petang tetapi..( pandai2lah sambung)
Who knows.. Only He knows what will happen...

So, persediaan tu memang sangat penting la kan.. 

Actually, berniaga ni pun sunnah Nabi Muhammad SAW kan.. dan Banginda merupakan seorang usahawan yang berjaya tau.. Why not kita ikut salah satu sunnah ni.. (Sunnah yang lain pun kena la buat jgk.. hihi.. ) Ni nak cerita sirah Nabi kita sikit.. Sebenarnya Rasulullah SAW telah didedahkan dengan ilmu perniagaan sejak kecil lagi. Baginda sering mengikuti bapa saudaranya Abu Talib berniaga, malah pernah dibawa ke negeri Syam (kini Syria) semasa berusia 12 tahun mengikuti Abu Talib menjalankan urusan perniagaan di sana. Dari situ Rasulullah SAW belajar selok belok perniagaan sehingga Baginda diberi kepercayaan untuk mengendalikan perniagaan bapa saudaranya dan juga orang Quraisy yang lain.

Untuk pengetahuan kwn2 semua...
Perniagaan adalah perkara yang penting dalam Islam, malah menjadi satu terminologi yang sering disebut dalam al-Quran
Sesungguhnya orang yang selalu membaca kitab Allah dan tetap mendirikan solat serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka secara sembunyi atau secara terang-terangan, mereka mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan rugi(35:29)

Wahai orang-orang yang beriman. Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Yakni kamu beriman kepada Allah dan rasul-Nya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu, yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (61:10-11)
“9/10 daripada harta ialah dari hasil berniaga” (HR Tirmizi) 


Muqaddimah pun dah panjang lebar.. tapi inila salah satu strategi kita.. mesti nak ambil tahu asas perniagaan dan pemasaran.. Masih banyak lagi yang saya perlu tahu untuk menambah kekuatan untuk berniaga ni.. In business, kita kena kuat.. Dalam bisnes mesti ada perang.. so, mcm mn cara kita nak mengatasi smua2 ni pun kena belajar.. sebab kita kena ingat  yang semua orang boleh berbisness, tapi tak semua yang berjaya.. ada yang berputus di tengah jalan.. 

***Hidup ini umpama roda, sekejap di atas, sekejap di bawah***
(ni ayat orang2 yang takut nak buat bisnes)

Actually sebelum saya pergi bengkel pemasaran ni memang saya tak pernah tulis article panjang2 macam ni.. first time kot pergi mendalami ilmu ni..then terus rasa nak menulis di sini.. idea mencurah2 plak tu nak tulis kat sini.. rasa macam dah kena ubat guna2 plak dengan penceramah Faiz Sufi tadi..Before ni x ada idea langsung.. SERIOUSLY kawan2.. 

Kat bawah ni kawan2 boleh tengok suasana kat bengkel tadi.. Semua yang datang khusyuk jek.. hihi..

Bengkel Asas Pemasaran Internet


Okaytak mau melalut2 dah.. Jom ikuti saya rewind balik apa yang Tuan Faiz kita tu dok bercakap td.. hihii..

Asas untuk buat Bisness Online nie..








Ketiga2 elemen ini memainkan peranan penting antara satu dengan yang lain..

Masing2 ada kepentingan antaranya adalah

1) Sosial engagement
    -To get customers.Medium: Facebook,Twitter,Instagram,SMS,

2) Database
    -To keep our customer data. Medium:Trafficwave.net, aweber.com. Disarankan guna yang berbayar sebab kalau yang free takut our customer data bocor..hihi

3)Website
  - Actually elemen ni adalah tunjang kepada semua elemen yang lain..Sbb ianya kekal. Medium: wordpress, blogspot, ect..
Dalam Website, 
ini adalah perkara yang perlu dititikberatkan:
1)Authority
2)SEO
3)Product
4)Content
5)Lifestyle
6)website address

Dan untuk pengetahuan kawan2.. Antara peraturan yang telah ditetapkan oleh Google bagi mendapatkan kedudukan tertinggi di enjin carian mereka adalah:
  • Laman web adalah original dan unik.
  • Mengandungi lebih banyak ‘content’ di laman web.
  • Disokong oleh sejumlah pengguna atau pelawat laman web (Autoriti dan backlink).
So.. apa lagi kawan2..jom kita buat website..hihihi
Marilah kita memfokuskan untuk menghasilkan:
  • Lebih banyak content yang berkait dengan industri atau bisnes kita.
  • Laman web yang mesra pengguna, mesra pembaca dan mesra enjin carian.
  • Mempromosikan laman web dengan cara yang beretika dan profesional.

Dah baca panjang2 ni cuba komen sikit. Saya pun baru lagi dalam bidang ni..
Andai ada salah dan silap.. mohon ajarkan..


No comments:

Post a Comment